USFDA periksa produk ikan akuakultur
KUALA LUMPUR 21 April - Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (USFDA) akan mengadakan pemeriksaan bagi menilai status kepatuhan produk hasilan ikan akuakultur terhadap keperluan USFDA oleh pengeksport di Malaysia ke Amerika Syarikat (AS).
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pemeriksaan itu akan diadakan pada 19 hingga 30 Julai ini.
Menurutnya, misi itu adalah untuk meningkatkan kefahaman dan menilai sistem pengawalan penggunaan antibiotik dan bahan kimia ke atas hasilan ikan akuakultur di negara ini.
''Di samping itu, pihak USFDA juga ingin menilai sistem kawalan keselamatan makanan yang diamalkan oleh Malaysia bagi memastikan hasilan ikan yang dieksport ke AS adalah selamat,'' katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.
Tambahnya, misi itu turut melibatkan pemeriksaan ke atas kemudahan di sepanjang rantaian pengeluaran hasilan ikan akuakultur untuk pasaran AS.
''Ia adalah premis pemprosesan ikan, ladang akuakultur pedagang atau orang tengah, peruncit dan pemborong bekalan dadah veterinar dan makanan haiwan yang digunakan di ladang.
''Kesemua pengeksport hasilan ikan akuakultur ke AS perlu mematuhi keperluan USFDA di sepanjang rantaian pengeluaran bagi mengekalkan pasaran sedia ada di samping memperolehi pasaran baru di AS,'' katanya.
Menurut Mustapa, pasaran eksport hasilan ikan Malaysia ke AS adalah bernilai RM439.9 juta pada tahun lalu dan RM680.9 juta pada 2008 lalu.
''Bagi membantu pematuhan terhadap keperluan AS, kesemua pengeksport hasilan ikan yang belum mendaftar digesa mendaftar dengan Kementerian Kesihatan iaitu di bawah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan,'' katanya.
Menurutnya, pendaftaran boleh dilakukan dengan melengkapkan borang I/EE/US-1-09 yang boleh dimuat turun dari laman web http://fsq.moh.gov.my.
Untuk maklumat lanjut orang ramai diminta menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833558 atau 88833505.
sedutan akhbar utusan 21 april 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Pengenalan
IKAN KELI
Ikan Keli adalah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara asean, khususnya di Malaysia. Di sesetengah tempat khususnya di Selangor, ikan keli disebut sebagai "ikan semilang". Bagi orang Perak, ikan semilang hanya hidup dilaut.
Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi, contohnya di Pahang, di Paya Pahang Tua, Mambang, Ganchong dan Paloh Hinai, Pekan. Ia juga banyak terdapat di Tasik Chini, Paya Bungor atau Bera. Keli juga menghuni di kuala anak sungai kecil seperti Sungai Lepar di Paloh Hinai hingga ke Jerantut dan Kuala Lipis, selain di Sungai Bera dan Sungai Serting.
Antara jenis-jenis ikan keli yang boleh didapati adalah:-
1. Ikan Keli Kayu
2. Ikan Keli Bunga
3. Ikan Keli Eksotika
4. Ikan Keli Limbat
5. Ikan Keli Mata Kati
6. Ikan Keli Rusia
7. Ikan Keli Afrika
8. Ikan Keli Jeram
9. Ikan Keli Hutan
Perbezaan Jantina Ikan Keli
1. Ciri-ciri induk lele jantan:
- Kepalanya lebih kecil dari induk ikan lele betina.
- Warna kulit dada agak tua bila dibanding induk ikan lele betina.
- Urogenital papilla (kelamin) agak menonjol, memanjang ke arah belakang,
terletak di belakang anus, dan warna kemerahan.
- Gerakannya lincah, tulang kepala pendek dan agak gepeng (depress).
- Perutnya lebih langsing dan kenyal bila dibanding induk ikan lele betina.
- Bila bagian perut di stripping secara manual dari perut ke arah ekor akan
mengeluarkan cairan putih kental (spermatozoa-mani).
- Kulit lebih halus dibanding induk ikan lele betina.
2. Ciri-ciri induk lele betina
- Kepalanya lebih besar dibanding induk lele jantan.
- Warna kulit dada agak terang.
- Urogenital papilla (kelamin) berbentuk oval (bulat daun), berwarna
kemerahan, lubangnya agak lebar dan terletak di belakang anus.
- Gerakannya lambat, tulang kepala pendek dan agak cembung.
-Perutnya lebih gembung dan lunak.
- Bila bagian perut di stripping secara manual dari bagian perut ke arah ekor
akan mengeluarkan cairan kekuning-kuningan (ovum/telur).

Tiada ulasan:
Catat Ulasan